Halim keluar dari bilik rawatan sambil mengeluh kesal. Dia hampir putus asa dengan keadaan kesihatan sendiri. Keputusan bacaan gula dalam darah yang baru diterima tadi agak tinggi. Doktor juga sudah beri kata dua.
Halim keluar dari bilik rawatan sambil mengeluh kesal. Dia hampir putus asa dengan keadaan kesihatan sendiri. Keputusan bacaan gula dalam darah yang baru diterima tadi agak tinggi. Doktor juga sudah beri kata dua.
“Pak cik kena jaga makan. Ubat tu, makan ikut masa yang ditetapkan. Jangan culas pak cik. Saya dah ulang banyak kali ni. Jika berterusan macam ni, pak cik kena ambil insulin. Tak elok macam ni, pak cik.”
Halim hanya mengangguk mendengar nasihat doktor muda itu. Hari itu, bekalan ubatnya pun bertambah. Berkotak-kotak! Dah macam makanan ruji. Mana tidaknya, sehari lima biji ubat terpaksa ditelan biarpun tidak mahu.
Disebabkan penyakitnya itu, Halim sering tidak bermaya. Cepat letih. Mudah mengantuk. Kadang-kadang, telapak kaki dan tangannya kebas. Dia juga sering haus dan tidak mampu menahan jika hendak membuang air kecil, cepat-cepat kena cari bilik air. Kalau tidak, mahu terlepas di jalanan. Halim benar-benar risau dan bimbang.
Sebaik sampai di rumah beg plastik yang berisi ubat diletakkan di atas meja kopi.
Sebaik sampai di rumah beg plastik yang berisi ubat diletakkan di atas meja kopi.
“Abang nak minum?” tanya isteri Halim, sebaik sahaja melihat suaminya berada di ruang tamu.
“Boleh jugalah, badan abang pun penat sangat ni. Bacaan tinggi lagi kali ini. Jenuhlah kena leter dengan doktor tadi,” luah Halim.
Isteri Halim kembali ke dapur dan datang semula bersama secawan air. Gelas bertelinga itu diletakkan di atas meja.
“Air panas? Awak ni, saya baru balik dari klinik. Panas lagi ni.”
Sambil tersenyum nipis isterinya terus memujuk, “Minumlah dulu.”
Halim mendengus kasar. Dia mencapai sudu dan mencicip minuman itu sedikit demi sedikit. Terasa enak ditekak. Kening Halim terangkat, semakin tidak berhenti dia mencicip minuman tersebut menggunakan sudu.
“Kopi apa ni? Sedaplah!” kata Halim.
Kopi yang sudah suam diminum sehingga habis. Dia menarik nafas puas.
“Tadi, anak saudara saya datang. Dia jual kopi. Ini Kopi Rock namanya, walaupun 3 dalam 1 tetapi sesuai untuk mereka yang berpenyakit kencing manis dan cepat lesu macam abang. Kata Aiman, kopi ni gunakan gula tebu hitam sebagai pemanis. Elok sangat untuk kawal kandungan gula dalam darah. Saya beli supaya abang boleh cuba. Manalah tahu serasi.”
“Awak ni! Percaya sangat orang jual benda-benda macam ni? Macam mana kalau penyakit saya makin teruk? Awak nak tanggung?”
Abang juga yang kata sedap tadi. Tak salah pun cuba. Kopi ni produk berdaftar. Ada sijil sah pun. Kilang pengeluar pun diiktiraf JAKIM. Sebab tu saya yakin nak beli, yang menjual pun anak saudara saya.
“Iyalah, iyalah. Saya cuba.”
Selepas beberapa bulan, Halim ke klinik kesihatan untuk sesi rawatan susulan. Semak bacaanlah, apa lagi. Dia berharap benar supaya bacaan kali ini lebih rendah.
“Wah! Pak cik control makan ya? Bagus bacaan gula dalam darah pak cik. Bolehlah saya kurangkan dos ubat kalau bacaan kekal begini atau semakin baik.”
Halim terdiam. Biar betul?
“Doktor melawak ke?”
“Melawak apa pula pak cik? Cuba tengok ni.”
Bacaan pada skrin itu ditenung lama. Halim terkedu. Kepalanya ligat berfikir, apa yang dia ambil sampai bacaan gula boleh rendah macam ni?
Sebaik sahaja dia sampai di rumah, Halim mencari isterinya. Dia menceritakan hal yang berlaku di klinik tadi.
Isterinya tersenyum-senyum. “Betullah, Kopi Rock tu elok untuk orang kencing manis. Kan saya dah cakap, tak mungkin Aiman nak jual produk pelik-pelik.”
“Eh, kalau macam tu kita order Kopi Rock itu lagilah. Macam mana ya?”
“Tak susah pun. Awak pergi saja ke laman web www.rockherbs.my/kopi-rock, buat pesanan dan bayaran terus di situ.”
Halim tersenyum meleret. Menyenangi keadaannya sekarang. Alhamdulillah, dia semakin sihat dan hubungan dengan isteri juga semakin baik. Lagi pula, bukan dia saja yang suka kopi itu. Ia sudah jadi minuman kegemaran keluarganya juga.
Kisah Di Atas Adalah Berdasarkan Kisah Benar Dari Pelanggan Tuan Halim Yatim
Cepat Dapatkan Kopi Rock Sekarang Sebab Stok Promosi Sangat Limited!
Dapatkan Kopi Rock Sekarang dan nikmati:
- Harga Rm40.00/kotak. Paling rendah serendah Rm28/ kotak (ikut pakej)