Peminat Kopi Wajib Tahu Setiap Kandungan Hirupan Kopi Anda

“Saya sendiri memang pencinta kopi. Sehari tak dapat kopi rasa macam tak keruan. Tekak ni mesti nak kena rasa pahit, lemak manis dan haruman kopi. Tak kisahlah dari yang berharga puluhan ringgit secawan sehingga Rm1. Asalkan minum KOPI! Sehinggalah 1 hari (setelah bertahun-tahun) saya terasa nak buat saringan kesihatan asas di klinik swasta untuk periksa asas kesihatan saya seperti tahap kolesterol, tahap gula dan tekanan darah.

Lepas siap dapat laporan ujian darah saya seminggu kemudiannya, saya agak terkejut dengan laporan tersebut. Mana tak nya, level kolesterol pada tahap dah lepas border, level gula pun lepas daripada level sepatutnya. Saya rasa badan saya kurus dan tak buncit, umur baru awal 30-an; tak akan kena. Allah, saya silap. Doktor nasihatkan saya untuk kurang kan atau stop dulu minuma kopi 3 in 1 atau pun kopi-kopi bersusu lain sehingga level saya kembali ke paras normal. Masa tu baru rasa menyesal tak kawal main belasah je hari-hari kena kopi”

Sekiranya anda peminat kopi, anda perlu sedar dan tahu bahawa kopi bersusu seperti latte adalah berkalori tinggi.

Anda perlu berhati-hati apabila memilih minuman seperti ini. Bagaimana anda boleh menikmati kopi kegemaran tanpa perlu risau ia memudaratkan bacaan gula, kolesterol dan caffein anda?

Manis, tetapi mesra diabetes? Lemak berkrim tanpa kolesterol?

Betulkah ada kopi sebegini?
Kopi Rock ialah jawapannya!
Inilah satu-satunya cara untuk memuaskan keinginan anda terhadap minuman kopi 3 in 1 yang manis tanpa ragu!

Kami tahu, ada banyak soalan sedang berlegar dalam fikiran anda sekarang. Mari kita kenali dan kaji mengenai komponen istimewa Kopi Rock ini.

Kopi Rock diformulasi menggunakan gula tebu hitam sebagai pemanis utama.

Kenapa gula tebu hitam dan Krimer Non-Dairy?

Menurut kajian saintifik, tebu hitam semulajadi mengandungi banyak khasiat. Ia digunakan dalam perubatan herba tradisional pada zaman dahulu.

Benda bagus, pasti ada banyak khasiatnya kepada kesihatan. Salah satunya, gula tebu hitam atau gula nano yang digunakan adalah menyihatkan dan tidak mengundang penyakit berbahaya.

Ia hampir tiada kolesterol dan tiada kalori.

Gula nano ini bagus untuk penghidap diabetes. Ia adalah pemanis organik yang membantu menstabilkan kadar glukosa dalam darah ke paras lebih rendah.

Untungnya ada pemanis begini. Bahan semulajadi dan tak memudaratkan pula. Paling penting, tak perlu ambil banyak pun sudah dapat membantu anda yang teringin makanan atau minuman manis.

Tahukah anda, 500 g gula nano adalah bersamaan 6 kg gula biasa. Jadi, ia 12 kali ganda lebih manis daripada gula biasa! Lebih menarik, gula tebu hitam diproses tanpa bahan pengawet dan sebab itulah gula ini selamat diminum.

Satu perkara yang kita tahu, pengambilan kalori yang berlebihan akan bertukar kepada lemak. Akibatnya, risiko serangan penyakit kardiovaskular turut meningkat.

Selain itu, ia turut menyumbang kepada pertambahan berat badan dan kita terdedah kepada penyakit tidak berjangkit.

Oleh itu, ambil perhatian terhadap jenis minuman yang anda ambil. Minuman berkalori rendah atau tiada kalori sangat disarankan untuk diminum.

Selain itu, Kopi Rock membantu dalam penjagaan kesihatan kerana mengandungi krimer non-dairy. Krimer non-diary dibuat daripada tumbuh-tumbuhan yang tiada risiko kepada kolesterol. Rasanya pasti sedap dan berkrim!

Baru sebut pasal gula nano, jadi tak sabar pula mahu mencuba Kopi Rock ini. Anda perlu tahu, bukan setakat gula ini sahaja, terdapat 6 herba premium dalam setiap sachet Kopi Rock.

Tambahan 6 Herba Premium Lagi !

Herba yang dimaksudkan ialah mahkota dewa, misai kucing, mengkudu, ubi jaga, tongkat ali dan kopi hijau. Kesemua herba ini bertindak balas dalam sistem tubuh badan dan memberi faedah kepada kesihatan.

1) Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) 

Terkenal dengan pelbagai khasiat. Salah satunya ialah mengatasi gejala diabetes. Terdapat kajian menunjukkan bahawa mahkota dewa efektif dalam mengawal paras gula dalam darah.

Bahagian daun dan buah mahkota dewa kaya dengan pelbagai komponen yang berkhasiat dalam pencegahan penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, alahan dan situasi buah pinggang.

2) Misai kucing (Orthosiphon aristatus)

Daun pokok misai kucing terkenal untuk merawat penyakit kencing manis. Ia juga digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan mengelakkan penyakit batu karang. 

Menurut kajian, daunnya bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan. Misai kucing juga dapat mencuci darah dari toksik berlebihan. Ia juga membantu mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi serta melegakan kekejangan otot.

3) Mengkudu (Morinda citrifolia)


Buah mengkudu mengandungi pelbagai nutrien dalam membantu menjaga kesihatan seperti vitamin, zat seperti xeronine, steroid semula jadi dan sodium.
Selain itu, ia juga mengandungi bahan yang berperanan sebagai antiradang. Mengkudu bertindak menurunkan tekanan darah secara berkesan. Antara penyakit yang boleh dirawat dengan mengamalkan buah mengkudu ialah masalah haid.

4) Ubi jaga (Smilax myosotiflora)


Bahagian akar ubi jaga digunakan sebagai afrodisiak bagi merangsang daya seksual. Daun dan buahnya pula dimanfaatkan sebagai penawar penyakit siflis.
Di samping itu, ia boleh mengubati demam. Ini juga termasuk kesan penstabilan emosi, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan meningkatkan tenaga.

5) Tongkat ali (Eurycoma longifolia)

Pada zaman dahulu, tongkat ali digunakan oleh orang luar bandar untuk tujuan perubatan tradisional sahaja. Akar tongkat ali direbus dan dijadikan sebagai ubat sakit kepala, sengal-sengal badan, kurap, bengkak, anti-tumor, antioksidan dan sakit perut.

Komposisi kimia yang banyak terdapat dalam akarnya mengandungi nilai perubatan yang sangat berharga. Bahan kimia yang terdapat di dalamnya boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon untuk fungsi seksual lelaki.

6) Kopi hijau


Kopi hijau merupakan biji kopi yang belum dipanggang. Ia popular sebagai suplemen untuk mengurangkan berat badan.
Elemen asid klorogenik dalam kopi hijau boleh mengembangkan saluran darah dan membantu mengurangkan tekanan darah. Kopi ini berpotensi untuk mencegah dan membantu pesakit yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.

Ada banyak manfaat yang bakal anda perolehi daripada Kopi Rock ini. Jika tak rasa sendiri, bila lagi anda boleh nikmati kopi enak dan mengambil kebaikan daripada khasiatnya?

Cepat Dapatkan Sekarang Sementara Promosi Berbaki Lagi...

Minit
Saat

Sebelum Promosi Ini Tamat.

Dapatkan Kopi Rock Sekarang dan nikmati:

  • Harga Rm40.00/kotak. Paling rendah serendah Rm28/ kotak (ikut pakej)

Offer ini hanya untuk masa yang terhad dan mungkin tak akan ada lagi selepas ini.

Dapatkan SEKARANG !

Scroll to Top